Sunday, March 10, 2013

Kempen Kebersihan Sempena Penutup Penggal Persekolahan yang Pertama








Program Keugamaan Ke:II









Khamis 07hb Mac yang lalu, Alhamdulillah sekali lagi pihak Sekolah Ugama Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong Kawasan Brunei III telah sama-sama menjayakan Program Keugamaan Senegara anjuran bahagian Ko-kurikulum Jabatan Pengajian Islam. Semoga kita semua beroleh keberkatan diatas Program yang penuh barakah ini, amin.

Thursday, March 7, 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KE.29 DAN PERLATIKKAN KETUA MURID BAGI TAHUN 1434/2013











Rabu, 16hb Rabiulakhir 1434 bersamaan dengan 27hb Februari 2013, Alhamdulillah pihak Sekolah Ugama Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong Kawasan Brunei III, telah berjaya mengadakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 29.


Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah diikuti dengan Yassin, seterusnya perlantikan ketua murid dan ketua pengawas kebersihan, dan acara kemuncak iaiu mengibar bendera Negara sambil menyanyikan lagu pariotik.


Dengan kerjasama oleh kesemua warga sekolah, majlis tersebut telah berjalan dengan lancar, dan apa yang diharapkan, majlis yang yang penuh keberkatan ini akan terus dapat dijalankan dari masa ke semasa.

Sekian Wassalam.

Thursday, February 28, 2013

Selamat Hari Kebangsaan Ke.29


Mewakili Admin Sekolah Ugama Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong Kawasan Brunei III ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke.29 kepada semua warga Sekolah-Sekolah Ugama di Negara Brunei Darussalam.

Friday, February 22, 2013

Pertandingan Mewarna Bendera Negara Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke:29





Program Keugamaan Senegara







Pihak sekolah menyambut baik Program Keugamaan Senegara anjuran JPI yang diselaraskan dengan serentak seluruh negara.









Murid Berkeperluan Khas pun tidak terkecuali ikut serta bersama-sama bagi menjayakan Program Keugamaan Senegara.

Majlis Pembukaan Dikir Maulidurasul Bersama PIBG SR. Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong.

Bagi sama-sama mengimarahkan lagi Hari Kelahiran Rasul junjungan kita Nabi Muhammad Salallahu Alahi Wasalam warga Sekolah Ugama Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong telah sama-sama hadir ke Majlis Pembukaan Dikir Maulidurasul bersama PIBG Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar, Kiarong. Semoga kita sama-sama memperolehi keberkatan dalam meraikan majlis yang penuh barakah ini, amin.